Hiburan Lifestyle Video

10 Gadis Panca MyBeauty 2018 layak ke final

SEPULUH finalis Gadis Panca MyBeauty 2018 kini berdebar menunggu detik akhir pertandingan yang akan berlangsung 14 Disember depan.

Kesemua mereka ialah Puteri A’teeqah Ayu Mohd. Zaharee, Nurul Izzah Athirah Mohamad Zain, Tengku Sari Anisofea Tengku Sari Affendy, Norfarahin Syamimie Azman, Sharifah Husna Syed Feizal, Nor Syahqilla Hawa N. Saidi, Siti Sarah Mustafa, Nur Atirah Ismail, Nur Diana Shazleen Zaidi dan Nur Shakira Shah Kirit.

Gadis-gadis ini yang terpilih menerusi uji bakat datang daripada pelbagai latar belakang, bakal mempertaruhkan bakat dan kemahiran selain dinilai keyakinan peserta berbicara di hadapan juri.

Pertandingan ini adalah anjuran akhbar Mingguan Malaysia menerusi sisipan popularnya, Pancaindera.

Jom berkenalan dengan kesemua finalis ini yang kesemuanya cantik, berbakat dan bijak. -MHE TV

Iklan
Ruang komen