Gelombang fesyen hijab semakin hari semakin mencuri perhatian bukan sahaja dalam negara bahkan di pentas antarabangsa. MHE TV senaraikan 10 jenama tudung yang menjadi kegilaan di kalangan hijabi di Malaysia.

1. Naelofar Hijab (617k followers)

Jenama yang diasaskan ikon fesyen dan selebriti popular Neelofa ini cukup menjadi. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, Naelofar Hijab berjaya mencetus fenomena dengan rekaan shawl, bawal dan turban sekali gus menjadi trend setter fesyen berhijab di Malaysia.

2. Aidijuma Scarf (518k followers)

Siapa kata tudung bawal untuk budak sekolah sahaja? Aidijuma berjaya membuat transformasi vital dalam rekaan bawal yang terus menjadi kegilaan bukan sahaja di kalangan remaja malah meraih perhatian wanita bekerjaya.

3. Ariani (464k followers)

Ariani yang diilhamkan Datin Farah Haryani Muhammad Philip, Pengarah Pemasaran Ariani Textile Manufacturing Sdn. Bhd. ini antara jenama paling popular.Populariti penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai ikon Ariani sememangnya tepat.

4. Radiusite (436k followers)

Pengaruh model dan selebriti yang menggayakan tudung jenama ini menjadi penyumbang besar kepada peningkatan populariti Radiusite. Pengaruh jenama ini sebagai pelopor terawal trend hijab juga menyumbang kepada kejayaan Radiusite.

5. Sugarscarf (384k followers)

Sugarscarf juga antara pelopor ledakan fesyen shawl di Malaysia. Revolusi tudung sarung kepada shawl dicetuskan Sugarscarf sekali gus mengalih perhatian pengguna tudung sarung kepada shawl.

6. Tudung Ruffle (377k followers)

Masih berpaksikan tudung bawal, signatur Tudung Ruffle yang menaikkan kembali kegemilangan tudung bawal dalam versi moden berjaya mencuri perhatian golongan hijabi.

7. Al Humaira Contemporary (331k followers)

Penangan fesyen tudung buat wanita memang ajaib. Walapun dah berpuluh koleksi tudung yang ada dalam wardrobe, mereka tetap akan membeli tudung baharu.

8. Tudung People (289k followers)

Seperti namanya, tudung untuk semua orang. Keunikan rekaan Tudung People berjaya membuatkan ia antara jenama paling dicari penggemar fesyen hijab.

9. Bawal Exclusive (250k followers)

Bawal Exclusive merupakan jenama tudung paling lama bertahan di pasaran sehingga ke hari ini. Ia juga adalah jenama tudung eksklusif yang cukup gah di negara ini dan sering menjadi pilihan Muslimah bercita rasa tinggi.

10. Duck Scarves (120k followers)

Populariti pengasas Duck Scarf iaitu Vivy Yusof berjaya melonjakkan jenama ini berada sebaris dengan nama-nama popular lain yang lebih dahulu berada di pasaran.

Iklan