Debaran semakin terasa! Rasanya satu Malaysia sudah tahu mengenai hal ini. Dan, siapakah 10 finalis yang bakal berentap di final Pencarian Gadis Panca MyBeauty 2018? Segalanya bakal terjawab esok bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Seramai 28 peserta bakal berentap merebut tempat ke final dan peserta ini sudah diadili diperingat suku akhir bermula awal Januari 2018 yang lalu.

Pencarian ini dibuat dengan tujuan khas iaitu menyemarakkan industri seni dan hiburan tanah air melalui komitmen mencungkil bakat-bakat baharu.

Gadis-gadis cantik, bijak dan berbakat menjadikan acara ini sebagai jambatan untuk mereka menjejaki dunia seni, sekaligus mencipta nama yang gilang gemilang pada masa depan.

Pusingan akhir bakal berlangsung pada 14 Disember depan. Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM 10,000, trofi, pakej percutian ke Balkan dan kontrak lakonan bersama A Aida Production.

MyBeauty Malaysia selaku penaja utama program yang memasuki musim kedua ini. MyBeauty Malaysia merupakan pusat sehenti dalam sektor kecantikan dan penjagaan kesihatan berpengaruh dalam negara dan merupakan projek di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Malaysia.

Pengacara sensasi, Roslan Shah akan mengemudi acara esok, ditemani dengan kemunculan artis-artis popular. Ini termasuk vokalis kumpulan Flybaits yang popular dengan lagu Mengapa Perpisahan Kau Pinta, Fredo dan penyanyi wanita Ernie Zakrie yang bakal membuat kemunculan khas pada hari berkenaan. Bakal hadir juga barisan pelakon popular termasuk Elizad Sharifuddin.

Juara Gadis Panca musim pertama, Siti Khadijah Abdul Halim, Nur Ainaa Azhari (tempat kedua), Azlin Abdul Aziz (ketiga) serta finalis Silfeny Mohd. Osman dan Nelissa Edreena Nizam turut memberi sokongan kepada peserta.

MHE TV

Iklan