Sibuk dengan urusan harian sehingga keinginan bermesra dengan suami pun dah berkurangan? Haa…jangan begitu.

Kata pakar seks, Dr,Ava Cadell, setiap jenis makanan mempunyai nutrisi yang berbeza dan dboleh mempengaruhi keghairahan nafsu seksual manusia.

Justeru, di sini kami hidangkan senarai makanan yang boleh meningkatkan ghairah seks anda. Lepas ni terus pegi beli yer!

Strawberi dan raspberi

Dua buah ini kaya dgn zink yang penting untuk lelaki dan wanita. Jika seorang wanita itu mempunyai paras zink yang tinggi,  tubuh mereka lebih bersedia untuk seks. Bagi lelaki pula, zink mengawal paras testosterone yang bertanggungjawab untuk menghasilkan sperma. Justeru, lelaki perlu mengambil zink  zinc dalam diet harian mereka kerana sewaktu melakukan seks, paras zink dalam tubuh mereka berkurangan.

Avokado

Asid folik dan vitamin B6 sangat penting untuk keinginan seks yang sihat. Asid folik membekalkan tenaga manakala vitamin B6 menstabilkan hormon.  Ia dianggap sebagai buah peningkat nafsu.

Sementelah pula, satu ketika dahulu masyarakat Aztec memanggil buah avocado ini sebagai `buah zakar’ kerana bentuknya.

Walnut

Kajian membuktikan yang memakan walnut dapat meningkatkan kualiti sperma. Walnut didapati mampu memulihkan bentuk, pergerakan dan kecergasan sperma. Haa…jadi kalau makan tu, silalah jadikan walnut sebahagian daripada diet anda.

Tiram

Tiram memang dikaitkan dengan makanan penaik nafsu kerana ia mengandungi zink. Tidak  hairanlah pada zaman Renaissance, para lelaki terutama golongan kasanova memakan hampir 50 tiram setiap pagi untuk menguat dan mengekalkan kehebatan seks.

Kerang

Jangan pandang sebelah mata dengan kerang kerana ia mengandungi dopamin, sejenis hormone yang meningkatkan ghairah seks. Selain itu, ia juga kaya dengan kandungan zink.

Tembikai

Tembikai meningkatkan ketegangan dan menambah nafsu. Ia mengandung citrulline yang membebaskan asid amino dan arginine di dalam badan. Arginine ini bertangunggjawab bagi kesihatan vaskular.

Badam

Badam mengandungi arginine yang meningkatkan peredaran darah dan menjadikan saluran darah lebih rileks. Amino asid yang ada dalam badam juga membantu mengekalkan ketegangan.

Coklat

Coklat gelap membebaskan serotonin dan endorfin yang sekali gus dapat meningkatkan mood anda menjadi lebih positif. Apa pun ia tidak dibuktikan dapat meningkatkan libido.

Telur

Telor mengandungi asid amino L-arginine yang boleh memperbaiki ereksi yang disfungsi.

Pic  

Vitamin C telah dibuktikan dapat meningkan bilangan sperma  dan kualitinya. Pic mengandungi paras  vitamin C yang tinggi dan sangat baik untuk memulihkan ketidaksuburan.

Kopi

Kopi adalah bahan perangsang untuk keinginan  seks.  Kopi merangsang otak untuk meningkatkan nafsu.

Safron

Saforan adalah aphrodisiac  atau penggalak nafsu semualajadi dan patut diambil untuk meningkatkan keinginan seks dan menggalakkan stamina serta tenaga.

Stik

Stik adalah resepi yang bagus untuk menggalakan keinginan seks kerana mengandungi zink, vitamin B dan protein. Sebatian ini penting  untuk lelaki dan wanita untuk membantu meningkatkan libido.

Pisang

Pisang mengandungi bromelain, sejenis bahan yang merangsang potensi seks lelaki selain mengandungi potassium dan vitamin B yang dapat melawan stres.

Iklan