Tindakan penyanyi, Alyah menaik status berkaitan rumahtangganya di laman sosial Instagram miliknya, mengejutkan pengikut dan peminat hiburan tanah air.

Penyanyi Kisah Hati itu turut meninggalkan komen di ruangan status IG suaminya, Datuk Ramli MS dan dilihat seolah-olah mereka mempunyai masalah dalam perkahwinan.

Jelas Alyah, apa yang dilakukan sepanjang dua hari lepas tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa dan dia sendiri tahu akibat yang bakal dihadapi atas perbuatannya itu.

“Mesti ada hari buruk kita dalam sepanjang 12 bulan (setahun) tu…Jadi saya anggarkan dua hari lepas adalah hari terburuk saya untuk sepanjang tahun ini.

View this post on Instagram

Assalam Dlm Setahun Ada 12bulan Jgn Kata penyanyi je lah so Kita letak semua manusia dlm Bumi ni.Tak Kira dia cikgu,Dia lawyer,Dia nelayan,Dia apa apa lah atau Dia nietizen skali pon.... Mesti Ada Hari buruk Kita dlm Sepanjang 12bulan tu... Jadi Saya anggarkan 2hari Lepas adalah Hari terburuk Saya utk Sepanjang tahun ini. Sebelum saya turunkan komen Saya di ig (si dia)saya dah tahu apa akibatnya.Dan Saya sgt Pasti dgn apa yg Saya buat.saya bukan budak2 yg baru dapat fon.... Saya tiada Niat utk mengaibkan sesiapa.Dan kejadian ini tidak terjadi pada setiap hari.Saya Percaya ini jg gerak Dari Allah swt bagi mengingatkan Saya jg (si Dia) dan Mungkin kami terleka dgn Ego Dan sifat sering menyalahkan... Air tidak perlu mengatakan yg Dia suci,Matahari tidak perlu bagitahu yg Dia kuat,siang tidak perlu marah bagi menyuarakan yg Dia hebat..... Selama 8 tahun hanya Saya saja yg menjawab Segala persoalan dari anda mengenai Hubungan Dan rumahtangga Saya.Dan hari ini saya ingin Memberi tahu yg Saya tidak akan Lagi menjawab Segala soalan mengenai rumahtangga Saya mahu pun mengenai (si dia) terpulang kepada kamu ingin mentafsirkan apa.Saya Percaya hanya Allah swt sahaja tahu apa yg ada didlm ini..... Mungkin saya Telah mencuit atau menguris hati hati Di luar Sana...Saya ALYAH dgn serendah diri memohon Maaf kerna Saya Telah membuatkan kamu Kecewa....Namun jauh di Sudut hati Saya tidak bermaksud sedemikian.......

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

“Sebelum saya turunkan komen saya di IG (si dia) saya dah tahu apa akibatnya. Dan saya sangat pasti dengan apa yang saya buat.

“Saya bukan budak-budak yang baru dapat telefon….Saya tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Dan kejadian ini tidak terjadi pada setiap hari.

“Saya percaya ini juga gerak dari Allah S.W.T bagi mengingatkan saya juga (si dia) dan mungkin kami terleka dengan ego dan sifat sering menyalahkan,” tulisnya.

Alyah turut memberitahu bahawa dirinya tidak lagi akan menjawab segala persoalan tentang rumah tangga dan suami.

“Selama lapan tahun hanya saya saja yang menjawab segala persoalan dari anda mengenai rumah tangga saya. Dan hari ini saya ingin memberitahu yang saya tidak akan lagi menjawab segala soalan mengenai rumah tangga saya mahu pun mengenai (si dia).

“Terpulang kepada kamu ingin mentafsirkan apa. Saya percaya hanya Allah SWT sahaja tahu apa yang ada di dalam hati ini.

“Mungkin saya telah mencuit atau menguris hati hati di luar sana…Saya ALYAH dengan serendah diri memohon maaf kerna saya telah membuatkan kamu kecewa.. Namun jauh di sudut hati saya tidak bermaksud sedemikian,” tulisnya lagi.

Terdahulu luahan Alyah di Instastory telah menarik perhatian netizen apabila penyanyi itu meluahkan rasa penat berpura-pura bahagia depan orang ramai. Harapnya Alyah dan Tok Ram dapat selesaikan isu ini di rumah. -MHE TV

Iklan