Sejak kecil Suhana Khan menjadi tumpuan dunia disebabkan populariti bapanya, Shah Rukh Khan.

Namun sebagai anak remaja, gadis cantik ini juga kerap menjadi sasaran kritikan oleh masyarakat di negara sendiri.

Tiada sebab lain, kecuali gara-gara gaya dan pilihan pakaian Suhana, yang dianggap terlalu seksi dan tidak sesuai dengan usianya yang baru 19 tahun.

Bermula dari sekolah menengah hingga kini bergelar penuntut di Universiti New York, Suhana sudah biasa berpenampilan ‘daring’.

Terbaharu, anak kedua dari tiga beradik ini dikritik gara-gara baju yang dipakai terlalu seksi semasa menghadiri kuliah.

Masyarakat di India menyifatkan imej gadis berkenaan memalukan dan dia tidak sepatutnya terlalu berusaha untuk tampil seksi atau menayangkan tubuh sedangkan dia memang menjadi tumpuan rakan-rakan di kampus sejak dari hari pertama lagi.

Sebelum ini, dia pernah ‘diserang’ kritikan netizen gara-gara berbikini di sebuah pantai. Ketika itu dia masih berstatus pelajar sekolah menengah.

Bagaimanapun Suhana mendapat pembelaan daripada ibu bapanya. Menurut Shah Rukh, wajar anaknya berbikini kerana berada di pantai.

Malah ‘raja Bollywood’ itu meminta masyarakat bertenang kerana anaknya masih mengikut batas dalam berpakaian.

Sementara bagi Suhana pula, dia bebas memakai apa saja yang disukai dan berani berpenampilan sebegitu kerana mendapat izin daripada kedua orang tua.

Iklan