Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogon Citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.

Jadi kita dah tahu asal usul serai ni, jom kita lihat 7 kebaikan ajaib serai pada tubuh badan manusia!

Mengatasi Masalah Perut
Pernah alami keadaan di mana perut rasa kembung ataupun angin dalam badan tak lepas? Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit-birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.

Agen Detoks
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen terbaik yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil, sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Mencegah Anemia
Serai mempunyai kandungan zat besi yang tinggi berfungsi untuk sintesis hemoglobin (protein dalam sel-sel merah bertanggungjawab untuk membawa oksigen ke seluruh badan). Serai amat berguna untuk mencegah penyakit yang berkaitan anemia yang bermasalah dengan kekurangan zat besi.

Insomnia
Insomnia berlaku disebabkan ketidakseimbangan kimia dalaman atau gangguan saraf. Aktiviti pembersihan dan kesan menenangkan yang terdapat dalam serai amat membantu meningkatkan kualiti tidur anda.

Anti-radang dan Anti-septik
Oleh kerana ciri-ciri anti-radang dan anti-septik pada serai, ia boleh digunakan sebagai ubatan untuk merawat artritis, gout dan radang saluran kencing.

‘Pain Killer’
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

Iklan