Biasanya jika melancong ke sesebuah negara, pasti akan singgah di destinasi yang menjadi tumpuan ramai atau sememangnya sudah popular sebagai tempat lawatan. Disebabkan terlalu mengikut program lawatan, ada masanya anda mungkin terlepas peluang ke tempat yang lebih menarik.

Berikut adalah beberapa destinasi ‘rare’ seluruh dunia. Mungkin tidak ramai yang tahu tempat sebegini, namun ia sepatutnya masuk dalam senarai ‘bucket-list’ anda. Jom ke sana.

1. Playa del Amor atau Hidden Beach merupakan sebuah kawasan tarikan pelancong di Marieta Islands, Mexico. Kawasan pantai ini bagaikan terletak dalam sebuah lubang besar dan ia sangat popular kerana air yang biru dan pasir pantai yang halus dan bersih.

2. Lebih kurang lima jam perjalanan ke selatan Lima, Peru anda akan menemui sebuah kawasan pasang pasir yang dikenali sebagai Huacachina. Tempat ini menjadi persinggahan ramai pelancong yang suka melakukan aktiviti sand-boarding.

3. Jika anda ke Bosnia and Herzegovina, pastikan melawat Bjagaj Tekke. Ia merupakan sebuah rumah dengan keunikan seni bina yang terletak di kawasan perkampungan Blagaj. Sambil menikmati teh panas, anda juga dapat melihat keindahan panorama Sungai Buna.

4. Anda akan merasa pengalaman menyentuh dua benua jika ke Silfra yang terletak di Thingvellir National Park, Iceland. Anda boleh merenang dalam air jernih sehingga menyentuh dasar yang menjadi pertembungan Amerika Utara dan Eropah.

5. Isola Bella adalah sebuah pulau kecil di Lake Maggiore, Itali yang dahulunya hanyalah sebuah kawasan berbatu. Sekitar tahun 1600-an sebuah istana yang tersergam indah dibina dikawasan tersebut dan sehingga kini menjadi tarikan pelancong.

6. Pemandangan sekitar Dongchuan Red Land yang terletak di Xintian, China pasti membuatkan anda terpukau. Keunikan mineral dan tanah menyebabkan kawasan berwarna merah dan biru. Ditambah pula dengan warna-warni tumbuhan yang tumbuh di sana.

7. Di daerah Astris, Greece terdapat sebuah kolam semula jadi yang dikenali sebagai Giola. Untuk sampai ke kolam ini anda perlu mendaki laluan yang disediakan. Namun penat mendaki pasti berbaloi tatkala tiba di Giola.

8. Di kawasan terpencil di Azores, Portugal terdapat sebuah pulau yang menjadi habitat bunga liar yang sangat cantik. Terdapat juga kolam air panas untuk anda mandi di sana. Tempat ini dikenali sebagai Flores kerana banyak bunga tumbuh di sana. – MHE TV

Iklan