Hiburan Trending Video

Achey kerap alami pendarahan

Apa dah jadi pada Achey? Menerusi perkongsian dalam laman sosial miliknya, Achey memberitahu dia kerap mengalami pendarahan yang keluar dari hidung.

Bagaimanapun anggota kumpulan Bocey itu menjelaskan dia tidak tahu punca sebenar masalah tersebut. Achey juga sudah mendapatkan rawatan di klinik namun masalah sama masih berulang.

“Tak tahu apa hal. Kerap begini. Pagi kena sekali, malam kena lagi.

“Sekarang macam air paip. Terasa di otak benda tu mengalir. Orang cakap panas dalam.

“Kerja keras itu mesti. Cuma kena rehat seketika je,” tulis Achey – MHE TV

Iklan
Ruang komen