Hiburan Muzik Trending Video

“Ada ke nurse pakai kasut tumit tinggi?” – klip video Siti Bilang Cuti dikritik

Klip video Siti Bilang Cuti nyanyian Danial Zaini dirakamkan di dalam sebuah studio.

BARU sahaja dimuat naik ke laman video YouTube pada Khamis lalu, klip video single pertama Danial Zaini, 25, berjudul Siti Bilang Cuti sudah pun mencecah angka 1.2 juta tontonan.

Mengakui berasa bangga atas sambutan baik diterimanya, Danial atau Mohamad Danial Mohd. Zaini bagaimanapun tidak terlepas daripada kritikan pedas netizen.

Antara yang dipersoalkan adalah babak seorang nurse yang mengenakan kasut bertumit tinggi dan tidak menutup bahagian hadapan kaki.

Menjawab kritikan tersebut, penyampai stesen radio Era FM berkenaan akui dia terlepas pandang akan perkara itu dan meminta maaf atas kesilapannya.

“Asalnya memang nak gunakan khidmat nurse sebenar sebagai model klip tersebut tetapi gagal.

“Jadi, kami sewa uniform nurse untuk digayakan model yang diupah. Tetapi bab kasut kami terlepas pandang dan saya akui kesilapan itu.

“Apapun, saya tak anggap ia sebagai satu isu yang besar kerana keseluruhan konsep lagu dan video adalah olahan komedi,” jawabnya.

Siti Bilang Cuti adalah karya ciptaan Harry Khalifah sementara liriknya ditulis oleh Peter Parker.

Tambah Danial, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong kariernya selama ini dan berharap kerjaya sebagai deejay radio tidak menjadi penghalangnya untuk bergelar penyanyi. – MHE TV

Iklan
Ruang komen