Kalau dah memang model profesional tu, memang orang akan sanggup ambil untuk memperagakan baju walaupun sudah masuk usia 50.

Bagi model profesional, Christy Turlington, 50, dia tidak menyangka akan kembali ke pentas peragaan selepas 25 tahun.

“Saya mempunyai seorang anak yang berusia 15 tahun dan dia tahu saya pernah bekerja dalam bidang modeling.

“Malam ini, saya gembira dapat memenuhi hasratnya untuk melihat saya di pentas peragaan. Terima kasih buat semua yang terlibat!” kata Christy.

Christy muncul memperagakan koleksi Marc Jacobs pada Minggu Fesyen New York, baru-baru ini.

Christy tidak dapat menolak permintaan rakannya untuk muncul pada pertunjukan fesyen NYFW

Christy muncul dengan dress hitam yang diperbuat daripada bulu di bahagian hadapan

Kali terakhir Christy bekerjasama dengan jenama Marc Jacobs ini ialah pada 1993 sebelum dia mengambil keputusan untuk bersara pada tahun 1994.

Pada malam peragaan Marc Jacobs itu, Christy memperagakan dress hitam yang diperbuat daripada bulu di bahagian hadapan.

Christy mula menghadiri sekolah modeling pada usia 14 tahun dan menjadi model sepenuh masa pada umur 18.

Dia kemudiannya berjumpa dengan pelakon dan penerbit filem, Edward Burns pada 2000 dan berkahwin pada tahun 2003. – MHE TV

Iklan