Mengikut perancangan awal, upacara pernikahan antara Nadia Brian, 28 dan tunangnya, Mu’izz Nasruddin akan diadakan kira-kira tiga bulan saja lagi iaitu pada 19 September ini.

Namun dengan berat hati, Nadia atau nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi terpaksa memutuskan untuk menunda majlis tersebut ke satu tarikh lain kerana perlu menyelesaikan sedikit masalah.

Tahun ini, pertama kali Nadia menyambut Syawal bersama tunangnya, Mu’izz

“Alhamdulillah, boleh dikatakan lebih 70 peratus persiapan telah dilakukan oleh kedua-dua belah pihak demi menanti detik tibanya hari bahagia kami berdua bergelar raja sehari.

“Namun sehingga ke saat ini, lokasi sesuai untuk melangsungkan acara besar ini belum berjaya ditemui.

“Dia adalah sebaik-baik perancang, manakala kita sebagai hamba hanya mampu merancang. Ini semua adalah kehendak-Nya kerana Allah Maha Mengetahui,” jelas Nadia mengatur cerita.

Pun begitu, Nadia mahupun Muizz tidak berasa tertekan berhadapan dengan permasalahan itu kerana tiada sebarang desakan untuk menyegerakan perkahwinan.

Nadia dan Mu’izz mengikat tali pertunangan pada Februari lalu

“Dulu ketika tanggal 19 September dipilih lalu diumumkan adalah disebabkan tarikhnya yang menarik. Jujurnya, kami berdua tidak begitu ambil kisah mengenai angka ataupun tarikh.

“Paling penting, kami kena dapatkan lokasi yang boleh menampung jumlah para tetamu diinginkan,” akuinya.

Menurut heroin yang bakal muncul dalam filem Ratu Kala Jengking itu, jika tiada aral melintang, pernikahan mereka akan dilangsungkan sama ada pada hujung tahun ini atau awal 2020.

Februari lalu, hubungan pasangan itu dikukuhkan menerusi ikatan pertunangan sementelah dilamar Muizz ketika bercuti di Paris, Perancis. – MHE TV

Iklan