Ketika ini, tular video rakaman seks yang melibatkan seorang menteri kabinet dengan seorang lelaki sedang panas diperkatakan netizen. Walaupun menteri berkenaan masih belum membuka mulut berkenaan isu berkenaan, ramai yang mula membuat spekulasi sendiri.

Terpanggil dengan isu tersebut, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin tampil memberi pesanan berkenaan isu panas tersebut buat pengikutnya di laman Instagram miliknya.

“Politik adalah kerjaya yang sukar. Ada ketikanya ia boleh menjadi sesuatu yang kotor dan adakalanya boleh menjadi sangat tercemar. Namun hari ini ia dah terbukti segalanya.

“Kita dah pun trauma dengan fitnah yang berlaku suatu ketika dahulu. Perlu ke kita dedahkan tuduhan sebegitu pada generasi seterusnya dengan niat untuk menjatuhkan karakter seseorang?

“Hari ini kalau ternampak berita ‘kotor’ tentang politik, jangan beri perhatian. Perkara buruk macam ni berjaya untuk jatuhkan orang kalau kita beri perhatian,” tulis Khairy.

Sebelum ini, tular beberapa klip video memaparkan dua lelaki di atas katil dalam keadaan bogel melakukan aksi seksual. Seorang daripadanya didakwa kelihatan seperti menteri kabinet.

Berhubung perkara itu, media tempatan telah mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

Namun, Tun M menjelaskan beliau tidak mengetahui isu penyebaran beberapa keping gambar dan video ‘panas’ mirip seorang menteri kabinet.- MHE TV

Iklan