Mengambil keberkatan Ramadan, ini adalah peluang terbaik untuk berkongsi rezeki. Banyak cara boleh dibuat dalam usaha membantu golongan memerlukan.

Bagi pelakon Adam Shahz, selain menghadiri majlis berbuka bersama anak yatim, memberi ulasan percuma dalam laman sosial juga adalah salah satu cara dia membantu orang ramai.

“Ramai peniaga yang baru bertapak dan perlukan promosi. Sebagai salah seorang pengguna saya rasa terpanggil untuk bantu mereka.

“Ada artis yang mengenakan bayaran terlalu tinggi sehingga para peniaga ini tidak mampu. Jadi saya beri ruang secara percuma buat mereka.

“Apa salahnya membantu. Hanya sebulan dalam setahun. Inilah masanya untuk beramal dan berkongsi rezeki.

“Semoga rezeki saya juga akan bertambah apabila mereka terus mendoakan saya,” cerita Adam.

Peniaga yang ingin mempromosikan produk mereka boleh menghantar pesanan kepada Adam dalam laman sosial miliknya.

Kata Adam dia hanya akan membantu peniaga kecil dan bukan produk dari syarikat besar.

Bercakap soal kerjaya, Adam bakal kembali ke lokasi penggambaran seleoas sambutan Aidilfitri nanti. Empat filem lakonannya iaitu Town Mall, Geran, Zaara dan MOX bakal ditayangkan tidak lama lagi. – MHE TV

Iklan