Apabila  sering tidak kelihatan dengan isteri ketika ke Tanah Suci pada Ramadan tahun ini juga di majlis raya termasuk pelancaran produk Kilafit minggu ini, CEO Tune Music, Adib Khalid yang juga suami kepada pelakon cantik Izara Aishah menafikan  ada yang tak kena dengan rumah tangga mereka.

“Izara tak dapat bersama-sama saya ke Tanah Suci kerana perancangan dibuat saat-saat akhir. Saya bersama-sama saudara, juga ayah (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa) dan Mak Iti (Datuk Seri Siti Nurhaliza) juga adik saya (Siti Aafiyah Khalid) buat umrah tanpa isteri ada sekali.

“Sebenarnya dia sibuk di lokasi penggambaran drama TV. Terbaharu dia terlibat dengan satu lagi penerbitan untuk Iflix. Harap tidak ada yang berburuk sangka kalau tak nampak kami berdua,” tegas Adib kepada URTV.

Jom tonton video  pengakuan Adib tentang rumah tangga, anak, kerjayanya dan isteri.

Iklan