Bagai turut merasai sakit yang ditanggung Azharina, sebilangan peminat ‘seriau’ melihat penyanyi kesayangan mereka ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan limpoma (sel lemak) di bahagian dahi.

Lebih mengerunkan, dahi Azharina di cucuk dengan jarum panjang dalam keadaan dia masih sedar.

Menurut penyanyi lagu popular Elegi Sepi itu, dia pernah menjalani pembedahan kali pertama kira-kira 18 tahun lalu namun ketumbuhan tersebut berulang di tempat yang sama.

“Sesiapa yang mengalami masalah yang sama tidak perlu takut, malu atau segan kerana ini adalah sebahagian daripada kehidupan.

“Dan ada jalan penyelesaiannya,” kata selebriti berusia 31 tahun ini.

Artis berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu berkongsi sebuah video ketika dia menjalani pembedahan tersebut di sebuah klinik kosmetik di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

Perkongsian itu mendapat perhatian penyanyi Nourrul Depp yang mendedahkan dia juga pernah mengalami penyakit yang sama dan menjalani pembedahan sekitar tiga tahun lalu.

Dalam pada itu, warganet turut memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar Azharina cepat sembuh seperti sedia kala.

Iklan