Penyanyi Fara Hezel akui dia dan kedua ibu bapanya masih memantau adiknya, Aiman Tino walaupun dia sudah dewasa.

Menurut Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri, 23, tujuan mereka berbuat demikian adalah kerana amat mengambil berat terhadap Aiman dan ingin memastikan kerjayanya berjalan lancar.

“Kami sekeluarga amat mengambil berat terhadap Aiman dan sentiasa pantau apa yang dia lakukan.

“Mungkin bagi sesetengah pihak, tindakan kami nampak seperti mengongkong dan over protective. Tapi apa kami lakukan adalah kerana tidak mahu dia menghadapi masalah.

“Dia sendiri selesa dan tidak rasa terkongkong dengan tindakan kami mengawal dan masih memantau dirinya walaupun sudah dewasa.

Sebagai kakak, Fara sentiasa ada di sisi Aiman memberi dorongan dan nasihat.

“Kalau Aiman dilanda kontroversi atau berdepan masalah, kami sekeluarga akan sentiasa disisi memberi sokongan pada dirinya.

“Hubungan kami sangat rapat dan tidak pernah menyimpan rahsia. Jika dia ada masalah, pasti akan berkongsi dengan kami,” cerita Fara semasa ditemui di majlis sidang media Festival dan Anugerah Durian Bangi Golf Resort 2019 di Bandar Baru Bangi semalam.

Farah antara selebriti yang dilantik sebagai Sahabat Durian Festival bersama Wani Kayrie, Sissy Iman dan Raja Syahiran pada Festival dan Anugerah Durian Bangi Golf Resort 2019 yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Julai ini.

“Saya memang ‘hantu durian’. Memang buah kegemaran saya. Kalau sekali makan tu memang akan makan banyak.

“Program ini adalah sesuatu yang baharu bagi saya. Ini kali pertama saya mengetahui wujudnya anugerah khas untuk durian.

“Dulu tahu makan sahaja. Sekarang baru tahu durian juga dipertandingkan dan diberi pengiktirafan melalui anugerah,” kata Farah yang memegang gelaran Ratu Duri Hitam sempena festival tersebut. – URTV

Jom layari www.urtv.com.my untuk banyak lagi kisah menarik artis popular tanah air.

Iklan