Anugerah Juara Lagu (AJL) 33 sudah melabuhkan tirai. Pemenang-pemenang pun sudah diketahui dan tahniah buat finalis yang bertanding.

Tetapi biasalah, umpama rumah sudah siap pahat masih lagi berbunyi. Walaupun keputusan sudah diumumkan, nampaknya ada yang tidak berpuas hati.

Paling ketara, kemenangan lagu Bunga hasil dendangan Ara Johari menjadi perdebatan di antara peminat.

Tulis peminat, lagu Bunga tidak seharusnya berada di dalam senarai top 5 kerana kelemahan suara dan juga persembahan Ara.

Sebaliknya, peminat menyatakan lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar harus bergelar naib juara.

Baiklah, itu bab kemenangan lagu. Isu hangat yang turut berlegar-legar ialah pergerakan kamera yang dikatakan kucar-kacir.

Antara komen tentang pergerakan kamera yang tidak teratur

Ramai yang memberi komen, terutamanya penonton di rumah menyatakan ‘cameraman’ tidak pandai mengambil sudut-sudut yang cantik ketika persembahan finalis AJL berlangsung.

Paling ketara, kamera tidak memberi fokus ketika Misha Omar dan Siti Sarah yang menangis ketika menyanyikan lagu masing-masing. -MHE TV

Ruang komen
Iklan