Adakalanya jenama besar tidak terlepas dari dikecam netizen walaupun sudah bertapak lama.

Itulah yang berlaku pada jenama fesyen besar antarabangsa, Gucci apabila akhirnya mengalah meminta maaf kepada umum.

Gucci dikecam kerana mengeluarkan rekaan baju sejuk berkolar tinggi berwarna hitam yang menutupi bahagian mulut.

Baju sejuk yang berharga RM3,668 itu dikecam netizen dalam media sosial apabila dikatakan menghina mereka yang berkulit hitam (blackface)

Selain meminta maaf, Gucci turut menarik balik rekaan baju sejuk itu daripada katalog mereka.

Ini bukan kali pertama jenama besar fesyen meminta maaf kepada umum akibat kontroversi yang melanda.

Sebelum ini, Prada terpalit isu panas apabila menjual barangan monyet pada musim cuti yang disifatkan rasis stereotaip. -MHE TV

Ruang komen