Featured Video Play Icon
Hiburan Trending Tular Video

Aktres itu bukan perampas, saya hanya simpati – bekas isteri penolong pengarah

Terkesan dengan fitnah yang ditulis mengenai keretakan rumah tangganya, seorang wanita semalam membuat laporan polis terhadap dua pelakon wanita yang cukup popular dalam kalangan penonton drama Melayu.

Menurut wanita ini yang juga seorang ibu tunggal, walaupun dia sudah berpisah dengan bekas suaminya sejak Januari lalu namun dia tidak menyangka dua pelakon itu menggunakan laman sosial untuk menyebarkan fitnah mengenai punca keretakan rumah tangganya.

Malah yang paling mengecewakan dirinya bagaimana dua selebriti ini menggunakan isu ‘tidak mahu anak’ sebagai sebab utama dia bercerai dengan suami.

Berang dengan dakwaan tidak berasas itu selain menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya, dia mengambil tindakan untuk melaporkan komen yang diberikan dua selebriti itu kepada pihak berkuasa.

Turut menjelaskan keadaan sebenar, dia juga menolak dakwaan seorang pelakon wanita yang berasal dari negara jiran sebagai sebagai punca dia bercerai. Jelasnya dalam keadaan ini, dia lebih kasihankan pelakon terbabit kerana lebih mengenali bekas suaminya itu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Tambahnya setelah mengalami masalah rumah tangga selepas beberapa tahun, dia juga tidak meletakkan apa-apa harapan untuk rumah tangganya kembali pulih, namun apa yang diharapkan ketika ini adalah bekas suaminya itu lebih matang dalam menyelesaikan masalah mereka bersama.

Berkongsi sebab mengapa dia tampil kepada media, wanita ini berharap agar bekas suaminya itu lebih bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu berkaitan rumah sewa mereka. Malah jelasnya dalam waktu ini, bekas suaminya itu bukan sahaja lepas tangan malah lebih mengecewakan bagaimana dia turut disekat daripada menghubungi telefon bekas suaminya itu. – MHE TV

Iklan
Ruang komen