Bagaikan memberi sinar baru, Syawal ini menyaksikan Sharnaaz meraikan bersama isteri dan anak tersayang.

Melihatkan gambar-gambar raya yang dimuat naik Sharnaaz di laman instagram miliknya, menunjukkan pelakon itu gembira dengan kehidupannya.

“Thank you Allah for this Ramadhan and Syawal. Insya-Allah aku berdoa akan terus beristiqomah ke jalan yang benar.

“Terkadang terkucil dan terlalai. Sesungguhnya aku masih mentah dan akan terus menikmati perjalanan diberkati Mu.

“We love Allah and we love our family,” tulis Sharnaaz.

Malah Noor Nabila dilihat turut memuat naik gambar beraya bersama Jebat Jayden dan Sharnaaz.

Hubungan Sharnaaz dan Noor Nabila dilihat pulih pada Syawal ini

Sharnaaz dan Noornabila berkahwin pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden, lapan bulan. -MHE TV

Iklan