Khabarnya kat Melaka pengangkutan tradisional iaitu kereta lembu diperkenalkan semula untuk tarikan para pelancong yang datang ke negeri itu.

Tapi peliknya, pengangkutan yang diperkenalkan oleh saudagar India ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 dan bangsawan itu mendapat reaksi kurang setuju sesetengah penduduk di negeri itu.

Menerusi perkongsian dalam media sosial, beberapa individu menyentuh soal kebersihan yang menyarankan kerajaan negeri menyediakan laluan khusus kereta lembu.

“Setelah sekian lama kelibat kereta lembu tidak kelihatan di Bandar Hilir. Akhirnya mereka kembali beraksi di Bandar Hilir.

“Salah satu produk pelancongan Melaka yang semakin dipinggirkan. Inilah warisan anak jati Melaka yang pernah menjadi ikon utama Negeri Melaka satu ketika dulu. Harap Kerajaan Negeri Melaka menyediakan tapak yang sesuai di bandar hilir atau kawasan sekitar,”maklum halaman Facebook Melaka Kini.

Selain isu kebersihan, perkara lain disentuh ialah penggunaan kereta lembu menyebabkan penyeksaan haiwan.

Wujud satu dakwaan mengatakan ternampak haiwan berkenaan jatuh tersembam disyaki keletihan menarik tandu.

“Semalam saya nampak seekor lembu jatuh, mungkin dah penat sangat,”tulis seorang pengguna Facebook Meriadoc Brandybuck.

Seorang pengguna laman Twitter, @HermyRahim turut menyuarakan ketidakpuasan hatinya berhubung perkara ini dengan mengandaikan lebih rela tradisi itu mati sebagai kenangan.

“Kalaulah ini lambang tradisi Melaka kononnya, aku lebih rela tradisi ini mati sebagai kenangan dari kau kembalikan semula kekejaman dekat lembu-lembu ini,”tegasnya menerusi status yang dimuat naik.-MHE TV

Iklan