Pemain bola sepak berdarah Belanda ini memilih wanita bertudung bernama Dhea Ananda sebagai isteri.

Wanita yang pernah dikaitkan bercinta dengan Diego Michiels sebelum ini rata-ratanya popular, seksi, kaya dan mempunyai taraf kedudukan tersendiri.

Gara-gara kerap bertukar teman wanita juga pemain bola sepak pasukan Borneo FC Indonesia ini pernah dilabelkan sebagai lelaki kasanova.

Bermula daripada kisah cintanya dengan anak jutawan, Nikita Willy yang juga seorang penyanyi kemudian beralih kepada Allahyarham Julia Perez.

Diego dikatakan pernah bercinta dengan adik arwah Julia, Della selepas wanita itu meninggal dunia kerana kanser serviks pada 2017.

Selepas kematian Julia Perez, Diego dikatakan pernah bercinta dengan adiknya, Della

👆🏻 Selepas kematian Julia Perez, Diego dikatakan pernah bercinta dengan adiknya, Della

Pun begitu, dalam soal memilih wanita sebagai calon isteri, dia punya cita rasa sendiri. Selepas memeluk agama Islam pada 2014, lelaki ini mengakui hatinya tertarik kepada wanita bertudung.

Pendedahan itu dibuat kepada media Indonesia selepas kisah perkahwinannya dengan seorang jururawat bernama Dhea Ananda diketahui umum.

“Isteri saya bukan selebriti atau orang kenamaan. Saya pilih dia kerana dia wanita bertudung yang berjaya mendamaikan hati,” katanya.

Majlis perkahwinan Diego berlangsung di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia pada 5 Julai lalu. – MHE TV

Iklan