“Tak comel langsung. Dulu aku minat jugak mak dia. Tapi bila ada anak, asyik menunjuk anak dengan kekayaan dia, aku jadi menyampah. Macam dia seorang je ada anak. Dah macam Awal cam tu jugak.”

Nah, itulah antara komen netizen yang menyampah dengan kekerapan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik gambar Siti Aafiyah dalam laman sosial milik beliau.

Biasalah, kita faham keterujaan Siti yang lama berkahwin baru dapat anak, mestilah nak tunjuk pada dunia dan rekod perkembangan Siti Afiyah.

Biarpun Siti mahu berkongsi momen-momen bahagia beliau di samping Aafiyah bersama peminatnya, namun tidak semua yang dapat menerima niat penyanyi itu.

Golongan ‘acik bawang’ yang mulut jahat tegar mengutuk Siti Aafiyah.

Antara komen ‘acik bawang’ yang muncul dalam Facebook

Kata mereka, Aafiyah tak comel, hidung tak berapa nak naik dan mengata Siti seorang yang obses dengan anak sendiri.

Aduhai, tak sangka Aafiyah yang sekecil itu pun ada orang tak suka.

Dah namanya kanak-kanak, semuanya comel. Susah juga bila jadi anak orang terkenal ni, sejak kecil kehidupan sentiasa jadi tumpuan.

Siti Nurhaliza bagaimanapun tidak melayan kecaman tesebut dan tidak membuat sebarang ulasan. – MHE TV

Iklan