Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz meluahkan rasa rindu pada anaknya Ayden Adrean selepas lebih seminggu sah bercerai dengan bekas isterinya Bella Astillah.

“Rindu kamu. Terus kenang Daddy dalam hati kamu,” tulis Aliff pada gambar yang menunjukkan dia mencium anaknya.

Pastinya perkongsian tersebut mengundang pelbagai respon warganet. Jika pada awal perceraian dahulu, Aliff sering dikecam, kali ini ramai peminat yang terus mendoakan supaya kehidupan Aliff menjadi lebih baik.

Malah ada yang berharap hubungannya dengan Bella akan kembali pulih.

Ada satu komen yang menyalahkan tindakannya sebelum ini dan menyifatkan Aliff sebagai seorang lelaki gatal. Bagaimanapun Aliff menjawab komen tersebut dengan tenang.

Pergolakan rumah tangga Aliff dan Bella menjadi perhatian ramai minggu lalu selepas dia gambar mesranya dengan seorang wanita bernama Nismell tular di media sosial. Ini bukan kes pertama kecurangan Aliff kerana sebelum ini dia juga pernah `kantoi’ keluar dengan wanita lain.

Rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada 16 Mei lalu. Mereka bernikah pada 2016 dan pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun. – MHE TV

Iklan