Ketika sebilangan bintang filem di Hollywood mengidamkan untuk membintangi filem Marvel, Amanda Seyfried bertuah kerana berpeluang tawaran watak dalam karya adaptasi itu.

Tidak mendedahkan secara terperinci judul filem yang ditawarkan kepadanya, tetapi aktres berusia 33 tahun ini membayangkan dirinya sebagai adiwira Gamora dan akan berubah menjadi warna hijau. Gamora adalah watak dalam Guardians of the Galaxy.

Namun, Amanda mengakui tidak sanggup jika dia terpaksa ‘menjadi’ hijau selama enam bulan.

Justeru, tanpa berfikir panjang, dia pernah menolak tawaran tersebut.

“Saya menolak tawaran filem adiwira tetapi sehingga kini pihak produksi belum menghubungi saya lagi.

“Saya tidak menyesal kerana tidak mahu menjadi hijau selama enam bulan,” katanya.

Sekiranya dia menerima tawaran itu, Amanda merasakan dia akan terlalu sibuk sehingga tidak punya waktu untuk diri sendiri.

“Sebahagian diri saya berharap melakukannya, tetapi separuh lagi mengatakan, saya punya kehidupan yang harus dijalani,” tuturnya lagi.

Bagaimanapun watak Gamora dilakonkan oleh Zoe Saldana. Hingga kini, peranan itu melekat pada aktres tersebut.

Walaupun karakternya berakhir dalam siri Infinity War, tetapi ada khabar mengatakan dirinya akan kembali dan sedang bersedia untuk produksi, Guardians of The Galaxy vol.3. – MHE TV

Iklan