Trending Video

[VIDEO] Amboi, ‘bersemutnya’ Ajak Shiro peluk isteri!

Kekuatan seorang suami adalah kerana ada doa dan sokongan tanpa lelah si isteri di belakang. Itu adalah kunci kepada keberkatan dan kebahagiaan hidup berumah tangga.

Dalam perkongsian video penyampai radio, Ajak Shiro di Instagram miliknya, rata-rata memuji cara pelawak itu menyantuni dan menyayangi isterinya, Afifah Amin yang sentiasa berada di sampingnya.

Video yang menunjukkan Ajak memuluk erat dan mesra isterinya itu mendapat lebih 120,000 tontonan dan hampir 300 komen yang rata-ratanya cair dengan layanan romantis Ajak terhadap isterinya.

“Suami kalau perlu kekuatan, peluk sahaja isteri. Insya-Allah, kalau tak percaya cuba peluk. Tapi isteri koranglah, bukan isteri aku,” kata Ajak di kapsyennya.

Rakan-rakan artis termasuk pelakon popular, Janna Nick dan pengacara, Elly Ariffin turut meninggalkan komen solah-olah ‘cemburu’ dengan layanan manja Ajak.

“Bukan budak (anak Ajak) sahaja yang cemburu, aku pun,” kata Janna.

Jadi para suami di luar sana, apa kata balik kerja terus peluk isteri. Baru hubungan sentiasa bahagia dan romantis! Bersemut…. – MHETV

Iklan
Ruang komen