Dapat menunaikan haji pada usia muda, satu perkara yang menjadi hasrat setiap umat Islam.

Bagi penyanyi Amira Othman, dia amat bersyukur kerana berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah pada usia muda.

Melalui entrinya dalam laman Instagram miliknya pada Khamis, pelantun lagu Jaga-Jaga itu berkongsi amalan yang dilakukannya.

Amira bersama Wany Hasrita, antara yang bertuah dapat menunaikan ibadat haji pada usia muda

Ujar Amira, dia membuat amalan itu supaya dirinya sentiasa mengingati Mekah dan Madinah.

“Saya letakkan gambar masa menunaikan umrah pada paparan skrin telefon.

“Ini supaya saya selalu ingat dan doa inilah tempat yang saya nak sangat-sangat datang lagi,” tulis Amira.

Jelas Amira yang menunaikan ibadat haji bersama Wany Hasrita, dia tidak menyangka doanya dimakbulkan Allah pada waktu yang tepat.

“Doa je sampai penat pun kena doa. Doa ni mustajab dan ajaib. Tak ada orang sangka.

Amirah tidak pernah berputus asa berdoa untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.

“Takkan ada seorang manusia pun boleh sangka. Hanya Dia sahaja yang Maha mengetahui,” tulisnya lagi.

Selain Amira dan Wany, beberapa selebriti tanah air yang turut melaksanakan rukun Islam kelima pada tahun ini iaitu Datin Seri Umie Aida, Neelofa, Erra Fazira, Aris Ariwatan, Fizo Omar dan Ashraf Muslim. – MHE TV

Iklan