Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Keistimewaan dan kelemahan seseorang anak itu pasti diterima secara terbuka dan reda oleh seorang ibu.

Terbaharu, tular dalam media sosial apabila anak pelakon Zarina Zainuddin ‘mengamuk’ sehingga menggigit kepala dan bahu Zarina.

Zarina berkongsi luahannya dalam bentuk video menerusi entri Instagram miliknya apabila anak kembar autisme Muhammad Razil Azrai, 23, atau Azil bertindak agak kasar kepadanya.

“Hari ini saya bawa Azil makan lepas tu ke kilang. Balik dari kilang saya terus bawa Azil ke kedai gunting rambut tapi Azil mengamuk ajak pergi 7 Eleven.

“Saya tak nak, suami pun cakap jangan ikut karenah Azil ni tapi dia terus berlari ke 7 Eleven Subang Jaya.

“Terjadi pergelutan apabila saya hanya ambil satu surat khabar, Azil serang saya, gigit kepala dan bahu saya. Saya cuba tenteramkan dia, pegang muka dia, tapi dia gigit tangan saya,” tulis Zarina yang akhirnya keluar dari 7 Eleven dan terus ke kereta.

Mujurnya Azil turut menaiki kereta tersebut ketika enjin dihidupkan.

Luahan yang memperlihatkan ketabahan Zarina menjaga anak autisme ini mendapat reaksi daripada ramai artis popular.

Rata-ratanya sebak melihat video tersebut, dalam masa yang sama kagum dengan ketabahan Zarina.

Zarina bersama anak kembar Autisme, Azil. Ketabahan Zarina menangani tindakan Azil memberi inspirasi kepada ramai ibu di luar sana

“Mengalir air mata melihat kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu. Moga syurga tempatmu Kak Ina.” – Erra Fazira

“Kakak, kami sekeluarga tersentuh menonton video ini. Sebagai ibu, menonton video ini, Nad kagum, tabah betul kakak. Tinggi sungguh kesabaran kakak.” – Nad Zainal

“Stay strong kak. Semoga diberikan kekuatan dan kesabaran.” – Sherry Ibrahim

“Semoga akak tabah.” – Zoey Rahman

“SubhanaAllah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah kurniakan ganjaran yang hebat di akhirat kelak buat Ina, dengan berkat kesabaran menempuhi ujian seperti ini. Amin.” – Juliza Adzlizan

Selain Azil, Zarina mempunyai seorang lagi anak kembar autisme Raizal Azrai atau Azal, 23. – MHE TV

https://www.instagram.com/tv/Bz2VzNLgh5O/?igshid=kcphcjab1yo3

Iklan