Cinta pertama cukup indah untuk dikenang walaupun sudah berlalu bertahun-tahun lamanya. Setiap satu kenangan yang dilalui juga masih segar dalam ingatan walaupun masing-masing sudah mempunyai kehidupan tersendiri.

Begitu juga keadaannya buat pengacara Raffi Ahmad yang tidak semena-mena mengaku masih mengingati bekas kekasihnya, Laudya Cynthia Bella. Kisah cintanya dengan wanita itu masih kekal dalam memori hingga ke hari ini.

Sehingga kini Raffi Ahmad dan Laudya Cynthia Bella masih menjalani hubungan sebagai sahabat baik.

Masakan tidak, Raffi masih menyebut nama Laudya sebagai bakal isterinya jika tidak berkahwin dengan isterinya, Nagita Slavina. Pendedahan itu dibuat dalam sebuah program hiburan di Indonesia baru-baru ini.

Jawapan yang memeranjatkan itu juga menyebabkan ada peminat yang mendakwa dia tidak boleh move on dengan kisah lamanya. Nyata, Raffi masih belum menguburkan momen cintanya dengan wanita berkenaan hingga ke hari ini.

“Jangan salah faham, ini bukan bermaksud aku curang dengan isteri. Bila ditanya secara spontan tentang siapa wanita yang akan dikahwini jika bukan dengan Nagita, sudah pastinya Laudya.

“Ini adalah andaian, jadi tolong jangan salah faham ya. Saya dan Gigi (panggilan buat isteri) bahagia sangat dengan kehidupan bersama anak, Rafathar Malik Ahmad,” katanya kepada media Indonesia.

Kisah cinta Raffi dan Laudya menarik perhatian ramai kerana kerap membuat kejutan untuk mempesonakan pasangan masing-masing sebelum ini. Antara hadiah yang diberikan adalah bunga, patung dan coklat sepanjang percintaan mereka..

Selepas tiga kali putus dan sambung semula, akhirnya mereka memutuskan untuk berpisah terus. Raffi kemudiannya berkahwin dengan Nagita pada 2014.

Laudya pula mengakhiri zaman bujangnya dengan memilih ahli perniagaan dari Malaysia, Engku Emran Engku Zainal Abiding pada September 2017.

Laudya Cynthia Bella kini bahagia bersama suaminya, Engku Emran.

Walaupun masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri tetapi mereka masih berhubung baik hingga ke hari ini. – MHE TV

Iklan