Cerita tentang Datuk Aliff Syukri memang tidak pernah asing dalam kalangan netizen.

Pasti ada sahaja kisah atau kontroversi yang menjadi buah mulut mereka yang mengikuti akaun Instagram milik usahawan produk kosmetik itu.

Terbaharu, Aliff memuat naik satu video menunjukkan dia memberikan penjelasan tentang punca kenapa ikan di dalam kolamnya yang mati.

“Tak payah nak ajar kita jaga ikan, kalau nak ajar jumpa je. Ikan mati sebab ribut dan eletrik mati, lepas tu pengawal tidur. Bukan sebab abang. Dahlah abang tengah sedih ni..

Aliff kerugian RM300,000 apabila banyak kelah yang dibelanya mati

“Patutnya sokonglah abang. Menyampah betullah, ada je yang tak kena. Bukan salah abang.

“Tak payah nak ajar abang macam mana cara jaga ikan. Abang dah lama jaga ikan koi, jelun, kelah ni. Jaga je ikan awak tu,” kata Aliff menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya pada Khamis.

Menurut usahawan itu lagi, dia sudah pun membuat persediaan yang rapi sebelum melepaskan ikan-ikan tersebut ke dalam kolam.

https://www.instagram.com/tv/B1LGjRIHCfS/?igshid=1178pdmm4oypj

Mengakui dia bukanlah semberono untuk membuat perkara bodoh, lebih-lebih lagi melibatkan ikan yang bernilai ribuan ringgit, Aliff mengajak pihak terbabit untuk bersemuka supaya perkara tersebut menjadi lebih jelas.

Aliff berang apabila dikatakan tidak tahu bagaimana untuk membela ikan mahal oleh Vida

“Apa masalahnya tak payah nak perli-perli kita @datoserivida. Ikan kita semua yang asli. Koi, jelun bukan tempatan. Lain kali jumpa je depan-depan kan senang,” katanya lagi.

Sebelum ini, Aliff Syukri ada memuat naik tentang kerugian sebanyak RM300,000 apabila ikan kelahnya mati.

Perkara ini mendapat perhatian pengasas produk kosmetik Qu Puteh, Datuk Seri Vida yang kemudiannya berkongsi video dalam laman Instagram miliknya tentang cara yang betul menjaga ikan. – MHE TV

Iklan