Berita pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil dihukum penjara sembilan bulan begitu mengejutkan industri hiburan.

Sejak petang semalam, akaun Instagram Datin Diana Danielle dihujani dengan komen warganet yang rata-ratanya memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada aktres itu di atas dugaan yang menimpa keluarganya.

Menerusi kemas kini terbaharu, Diana ada memuat naik gambar keluarganya berserta kapysen yang menggambarkan apa yang sedang dihadapi itu sebagai ujian Allah.

Malah selebriti berusia 27 tahun itu turut menyatakan dia dan anak-anaknya iaitu Che Mad dan Nur Aurora akan sentiasa menyayangi Farid.

Bagaimanapun Diana menutup ruang komen pada kemas kini tersebut. Barangkali dia inginkan ruang dan privasi bagi menyesuaikan diri untuk memulakan hari baharu tanpa suami di sisi buat seketika.

MHE TV harapkan Diana terus tabah dan kuat semangat. Insya-Allah, pasti ada hikmahnya.

Semalam Farid diperintah menjalani hukuman penjara sembilan bulan di Penjara Kajang oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol pada Januari tahun lalu. – MHE TV

Iklan