Demi menyahut cabaran peminat, penyanyi Andi Bernadee sanggup lakukan perkara pelik. Malah dia juga memberanikan diri menyentuh ular yang merupakan haiwan yang paling ditakuti.

“Sebenarnya aktiviti ini sekadar suka-suka sahaja. Sebelum ini saya pernah cabar pengikut di Instagram untuk rakamkan lagu Satu Peluang dengan kreativiti mereka sendiri.

“Jadi tibalah giliran saya pula menyahut cabaran peminat. Memang pelbagai perkara pelik yang mereka minta saya lakukan.

“Tetapi saya dan pihak pengurusan pilih cabaran yang sesuai untuk dibuat tanpa melanggar mana-mana peraturan,” katanya.

Bercakap tentang pengalaman memegang ular, kata Andi inilah masa terbaik untuk dia mengatasi ketakutan. Ramai peminat sedia maklum bahawa Andi memang takut dengan ular dan sering kali menjadi ‘bahan’ rakan-rakan.

“Sekurang-kurangnya saya berani menyentuh ular. Inilah masanya untuk saya lakukan sesuatu yang mungkin tidak pernah difikirkan sebelum ini.

“Apa salahnya saya lakukan kerja gila demi peminat,” ujar Andi kepada MHE TV.

Ruang komen
  [VIDEO] “Geng Kunyit?” Ini sindiran pedas Andi Bernadee!
Iklan