Lokasi pejabat di Seremban tapi ‘breakfast’ punya hal sanggup ke Kuala Pilah.

Budaya bersarapan jauh ini dibangkitkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau yang berucap dalam Majlis Penutup Persidangan Pegawai Pengawal 2019 baru-baru ini menegur sikap segelintir penjawat awam di negeri itu yang dianggap membuang masa.

Dia akui sudah lama mengetahui aktiviti itu dan berharap ia diperbetulkan semula budaya yang dianggapnya negatif.

Selain itu, beliau turut menyentuh soal kelewatan pegawai dan agensi kerajaan menyalurkan peruntukan serta bayaran bagi projek yang dirancang untuk manfaat rakyat.

Tambahnya, jika ia masih berterusan tidak mustahil boleh menjejaskan imej imej kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Aminuddin mengalu-alukan sebarang teguran termasuk kritikan negatif terhadap pentadbirannya.-MHE TV

Sumber gambar: Utusan

Ruang komen