Meghan dan Putera Harry memperkenalkan Archie kepada Ratu Elizabeth II sambil diperhatikan ibu Meghan, Doria Ragland.

Selepas berkongsi wajah putera sulung mereka buat pertama kali kepada seluruh dunia semalam, Putera Harry dan Meghan Markle mengumumkan pula nama si bayi comel itu.

Pasangan Duke Duchess of Sussex ini memilih nama Archie Harrison Mountbatten-Windsor untuk buah hati mereka itu yang dilahirkan pada 6 Mei lalu.

Pengumuman tersebut berlangsung di Istana Windsor selepas acara memperkenalkan keturunan kelapan dalam susur galur kerabat Diraja Britain itu kepada Ratu Elizabeth II iaitu nenek kepada Putera Harry. Turut hadir, ibu kepada Meghan iaitu Doria Ragland.

Pasangan popular ini bersama putera sulung mereka, Archie.

Pilihan nama Archie mendapat banyak reaksi warganet yang menunjukkan kecintaan mereka kepada ahli baharu keluarga diraja itu.

Memandangkan keluarga diraja selama ini cenderung memilih nama-nama tradisional untuk anak-anak mereka, jadi sebelum pengumuman, ramai yang menjangkakan antara nama yang akan dipilih Harry dan isterinya seperti Spencer, Alexander, James, Philip, Arthur dan Albert.

Malah nama sebenar Putera Harry sebenarnya bukan Harry tetap Henry Charles Albert David.

Bagaimanapun, pasangan itu tidak mendedahkan dari manakah inspirasi pilihan nama cahaya mata pertama mereka ini. – MHE TV

Iklan