RATA-RATA wanita yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak, masalah terkucil menjadi dilema paling besar dihadapi. Situasi yang kurang menyenangkan itu terjadi disebabkan perubahan hormon dan sistem badan seseorang.

Penyanyi Asyanty, 34, mengaku dia turut mengalami keadaan yang sama. Pantang duduk berdua sambil bergurau senda dengan suami Anang Hermansyah, entah macam mana dia tiba-tiba boleh terkucil dengan sendirinya.

“Terkucil ini adalah perkara yang tidak disengajakan, bukan dibuat-buat. Perasaannya seperti hendak membuat air kecil itu tapi dalam kadar yang sedikit itu datang secara tiba-tiba.

“Saya pula jenis orang yang mudah teruja apabila duduk bersebelahan dengan suami. Dia kan suka berlucu, buka mulut saja ada bahan komedinya. Itu yang tak tahan ketawa sampai boleh terkucil,” katanya kepada media Indonesia.

Tidak malu untuk mendedahkan keaiban tersebut, Asyanty maklum keadaan yang dalami itu adalah satu perkara yang normal. Walaupun kedengaran lucah tapi itu hakikat yang terjadi buat semua golongan wanita.

Penyanyi lagu Aku Memilihmu ini yakin bahawa permasalahan yang dihadapi itu perlu mendapatkan rawatan doktor pakar. Sebaliknya merasakan itu adalah perkara normal dihadapi wanita masa kini.

Asyanty berkahwin dengan Anang pada 12 Mei 2012 dan dikurniakan dua orang anak Arsy Addara Musicia Nurhermansyah dan
Arsya Akbar Pemuda Hermansyah.

Iklan