Pernahkan anda mengalami situasi terkucil ketika ketawa, bersin, batuk atau bersenam? Atau mungkin anda terdesak ke tandas dan sering kali terkencing sebelum tiba di tandas.

Atau lebih membimbangkan, anda terlalu kerap ke tandas melebihi lapan kali dalam sehari. Tanda-tanda ini adalah merujuk kepada masalah Lemah Kawalan Kencing (Light Urinary Leakage- LUL.)

LUL boleh mendatangkan rasa bimbang, malu dan kurang keyakinan diri. Perubahan emosi dan keperluan fizikal seseorang wanita termasuk mengalami masalah lemah kawalan kencing mesti ditangani dengan pendekatan yang praktikal.

85 peratus wanita yang mengalami masalah LUL tidak menangani masalah tersebut dengan betul. Kurang pengetahuan tentang cara berdepan masalah ini membuatkan wanita mengalami kebasahan, kebocoran dan bauan tidak menyenangkan seterusnya menyebabkan perasaan tidak selesa, malu dan rendah diri.

PENYEBAB LUL

  •  Lemah otot lantai pelvik disebabkan oleh tekanan semasa mengandung, kesulitan semasa melahirkan bayi dan penambahan berat badan.
  •  Menopaus (putus haid) mengakibatkan penurunan tahap estrogen.
  •  Kontraksi pundi kencing yang tidak berlaku dengan sukarela atau automatik.
  •  Masalah kesihatan seperti batuk kronik yang berpanjangan, strok, kecederaan saraf tunjang dan lain-lain.

PANDUAN MENANGANI LUL

  •  Berat badan sederhana demi mengurangkan beban bahagian otot lantai pelvik.
  •  Amalkan senaman otot lantai pelvik.
  •  Elakkan kekerapan ke tandas jika tidak perlu sebagai latihan pada pundi kencing.
  •  Jangan kurangkan pengambilan air kerana ini akan memudaratkan kesihatan anda.
  •  Kurangkan makanan seperti sitrus dan makanan pedas kerana ini boleh mengakibatkan iritasi apda pundi kencing.
  •  Berjumpa dengan doktor untuk nasihat lanjut.
  •  Gunakan liner dan pad yang direka khas untuk masalah lemah kawalan kencing. Ini boleh memberi anda perlindungan sepenuhnya daripada kebocoran dan bau supaya anda selesa dan yakin sepanjang masa.
Iklan