Hiburan Trending Tular

Atikah Suhaime muat naik gambar gaun, bapa beri kenyataan

Kisah pembatalan majlis perkahwinan antara Awi Rafael dan Atikah Suhaime menjadi bualan hangat hari ini. Beberapa hari sahaja menjelang hari bahagia, kedua-dua mereka membuat pengumuman di laman sosial tentang hubungan yang sudah berakhir.

Dalam satu video yang dikongsi Awi, pihak keluarganya membatalkan majlis hujung minggu ini dan menarik diri atas alasan tertentu dan kini lebih memberi fokus kepada kepentingan ibunya.

Bagaimanapun bapa kepada Atikah, iaitu Suhaimie Jemali menjelaskan bahawa pihaknya sendiri yang membatalkan majlis tersebut dan bukannya seperti yang dikatakan oleh Awi. Kenyataan tersebut dijawab oleh Suhaimie dalam ruangan komen Instagram portal MStar Online.

“Bukan Awi yang batalkan, tetapi saya yang batalkan. Awi tidak dapat terima saya batalkan majlis demi untuk kebaikan masa depan anak saya,” jawab bapa Atikah pada ruangan komen portal MStar Online.

Majlis Awi dan Atikah yang sepatutnya berlangsung hujung minggu ini di Singapura dibatalkan. Kedua-dua mereka masih tidak dapat dihubungi dan hanya membuat kenyataan di laman sosial. Namun kedua-dua perkongsian mereka telah pun dipadam beberapa jam selepas dimuat naik.

Menurut satu sumber, Awi yang baru sahaja pulang ke Singapura sempat mencuba pakaian pengantin dengan pereka fesyen terkenal di Kuala Lumpur semalam. Tiada sebarang tanda pasangan ini berselisihan faham sebelum mereka memutuskan hubungan.

Malah menurut sumber yang memberitahu MHE TV, Awi sangat teruja untuk melangsungkan perkahwinan hujung minggu ini. Sementara itu Atikah pula memuat naik gaun pengantin rekaan Nadia Marni dan Rico A Mona Bridal yang sepatutnya dipakai nanti. – MHE TV

Iklan
Ruang komen