Terdapat beberapa makanan yang tidak boleh dimakan oleh kucing kerana sesetengah makanan itu sangat berbahaya dan juga boleh menyebabkan kucing sakit atau meninggal dunia.

1. Susu

Hanya anak kucing sahaja yang wajar diberikan susu dan elakkan memberi susu kepada kucing dewasa kerana boleh mendatangkan kemudaratan.

Sama seperti manusia, sesetengah mereka tidak tahan dengan laktosa yang terkandung dalam susu yang boleh menyebabkan sakit perut. Sesetengah kucing menjadi intoleran terhadap zat laktosa dalam susu. Kucing yang minum susu biasanya akan mengalami masalah perut seperti cirit-birit.

2. Alpukat

Kucing yang termakan alupkat akan mengalami masalah seperti masalah pencernaan, kesusahan bernafas dan paru-paru dipenuhi air.

3. Telur Mentah

Telur mentah akan membuat kucing di serang salmonella dan parsit lain yang membuat pankreas mereka terbakar atau  biasa dikenali sebagai pankreatitis.

4. Kopi

Kucing memiliki sikap toleransi yang sangat rendah pada kopi. Sedikit kopi akan membuat kucing menjadi hiperaktif, muntah, hipertensi, tremor dan kejang-kejang.

5. Bawang

Semua jenis  bawang tidak kira bawang merah atau bawang    putih akan memberikan masalah kesihatan yang sangat serius terhadap kucing. Bawang merosakkan sel darah kucing dan mengakibatkan anemia.

6. Tulang

Walaupun tidah beracun, tulang merupakan salah satu makanan yang tidak harus diberikan kepada kucing. Struktur tulang yang keras akan menyebabkan masalah pencernaan. Selain itu, tulang yang ditelan oleh kucing akan mengakibatkan luka pada usus mereka.

– MHE TV

Iklan