Vokalis kumpulan rock Pelita Lusoh, Aweera dikatakan kononnya menyindir para wanita yang sukakan kebendaan atau materialistik menerusi Instagram miliknya.

Dalam media sosial tersebut, Aweera mencadangkan agar para gadis-gadis mencari lelaki kaya dan mendoakan agar hidup mereka senang.

Namun dia kembali bertanya, adakah hati mereka akan tenang.

Muat naik Aweera tersebut mendapat respon positif daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapatnya.

“Yang berharta belum tentu boleh beri kebahagiaan. Yang tak berharta belum tentu tak boleh beri kesenangan. Duit bukan segalanya.”

“Mungkin bahagia untuk sekarang tapi bukan selamanya. Tak mengapa,putaran kehidupan itu indah melebihi apa yang kita boleh jangkakan. Tenang.”

“Tak nak lelaki kaya. Yang sedang-sedang cukup. Nak lelaki yang ada agama yang boleh membimbing.”

“Deep! Moga masih ramai kaum hawa yang tidak mengutamakan material sebagai tujuan hidup, tapi mengutamakan keikhlasan, kesederhanaan dan keberkatan. Insya-Allah bahagia akan muncul dalam perhubungan.”

Itul sebahagian pendapat warganet dalam ruangan komen menerusi entri Aweera.

Sebelum ini kisah Aweera putus cinta dengan seorang penyanyi yang juga bekas pramugari pernah menjadi bualan hangat.

“Bukan mudah cari kekasih atau bakal isteri yang memahami dan boleh menerima kita seadanya. Buat masa ini, saya lebih selesa untuk bersendiri tanpa kekasih.

“Putus cinta itu perit. Biarlah rasa cinta itu dating sendiri tanpa dipaksa-paksa,” katanya kepada MHE TV lantaran dia mahu memfokus kerjaya nyanyiannya bersama Pelita Lusoh. – MHE TV

Iklan