Selepas tular didakwa sebagai pengganti Elfira Loy dalam hati Sufian Suhaimi, model untuk muzik video Di Matamu, Ayra Messi kini mengintai peluang terjun ke bidang lakonan.

Ayra atau nama sebenarnya Nur Shakira Shah Kirit, 21, menyifatkan peluang terbabit dalam muzik video tersebut telah mencetus minatnya untuk mencuba bakat sebagai pelakon.

“Saya memang ada minat berlakon. Dapat peluang jadi model muzik video Di Matamu pun dah cukup buat saya teruja.

“Walaupun tak pernah berlakon dan tak ada asas dalam lakonan, saya suka cabar diri. Saja nak tengok sejauh mana kemampuan untuk kembangkan bakat,” ujarnya yang masih terkejut dengan gosip didakwa bercinta dengan Sufian Suhaimi.

Gambar tular di media sosial yang didakwa bercinta dengan Sufian Suhaimi

Ayra yang juga model muslimah ini baharu sahaja menamatkan pengajian diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan di International Islamic College (IIC).

Dia yang juga kakak kepada instafamous Tasnim Shah menganggap gosip tersebut sedikit sebanyak membuatkan namanya lebih dikenali.

“Selepas gambar Sufian memberikan saya bunga tular di media sosial, pengikut Instagram mula bertambah. Saya pun tak sangka bila ‘gambar acah-acah’ yang diambil jurufoto Aqo Imran itu tular teruk.

“Saya masih single dan hanya berkawan dengan Sufian, takde apa-apa pun antara kami. Kalau nak cari teman lelaki pun saya nak yang memahami dan tak kuat cemburu,” jelasnya kepada MHE TV.

Kalau dah cantik macam ni, macam tak percaya pula bila empunya badan kata belum berpunya. Haaa apa lagi, jejaka-jejaka di luar sana, tak nak berkenalan ke dengan Ayra ni. Mana tahu, salam perkenalan bersambut!

Kini menjadi model muslimah sepenuh masa

– MHE TV

Iklan