Pelakon Azwan Kombos kini sedang menjalani rawatan di hospital akibat sesak nafas sejak malam semalam.

Isterinya Ezzaty Abdullah berkongsi khabar tersebut menerusi entri terbaharu dalam laman Instagram miliknya.

Ketika dihubungi MHE TV, Ezzaty memberitahu suaminya itu terlalu penat sehingga mendapat serangan asma.

“Dia dimasukkan ke hospital semalam. Keadaan kini semakin baik dan masih menunggu keputusan doktor.

“Jika tidak ada sebarang masalah, dia akan dibenarkan keluar hari ini.

“Mungkin semalam dia terlalu penat bekerja sehingga menyebabkan sesak nafas,” jelas Ezzaty. – MHE TV

Iklan