Keadaan bayi pramatang Abby Abadi, Muhammad Danial Firman Faizal yang baru berusia 12 hari masih kritikal dan 90 peratus bergantung mesin untuk bernafas.

Menurut Abby, dia dan suami berasa sangat cemas selepas menerima panggilan daripada doktor yang memintanya segera ke datang ke hospital, petang semalam.

Bagaimanapun setiba di hospital hatinya sedikit lega sebaik saja melihat anaknya yang lahir pra-matang itu sudah boleh mengerakkan kaki.

“Dari jauh nampak kaki Danial bergerak-gerak. Ya Allah, bersyukur sangat-sangat. Baby kami masih ada,” katanya.

Namun hati Abby dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria luluh selepas doktor memaklumkan anak mereka kini sangat kritikal dan sudah 90 peratus bergantung pada mesin untuk bernafas.

“Dari awal, beberapa doktor telah beritahu peluang untuk baby D hidup 50-50 kerana dia lahir dalam keadaan yang sangat tidak bersedia.

“Beratnya hanya 535gram dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku,” luahnya turut menyatakan berusaha menguarkan semangat dalam berdepan dengan ujian tersebut.

Abby dalam pada itu turut memohon agar masyarakat mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu dan menguatkan semangat dalam berdepan dengan ujian tersebut.

“Mohon teruskan doa untuk baby kami ya. Hanya doa yang boleh ubah takdir dia,” katanya.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 41, berkongsi kesedihannya menerus hantaran sekeping foto yang dimuat naik dalam Instagram menunjukkan tangan kerdil Baby D terletak di celah jarinya.

Rata-rata warganet turut berdoa dan meluahkan bersedih dengan keadaan yang terpaksa dihadapi oleh Baby D dalam usianya sekecil itu.

Terdahulu, sekitar minggu lalu, Abby ada berkongsi berita Baby D mengalami berita bayinya itu mengalami pendarahan pada paru-paru.

Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015. Mereka mengambil anak angkat Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Menerusi perkahwinan sebelum ini, pelakon drama Gerak Khas itu dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.

Iklan