Pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha yang kini dalam tempoh trimester terakhir untuk kandungan keduanya, terpaksa berbuka puasa lebih awal kerana bimbang dengan kesihatan bayinya.

Ini kerana, Hanis yang pada awalnya berpuasa menyedari bayi di dalam kandungannya tidak aktif seperti kebiasaan.

Menerusi entri yang dimuat naik isteri Hairul Azreen itu, Hanis memberitahu bayinya mengeras dan tidak memberi respon sehingga dinasihatkan doktor untuk tidak berpuasa demi kebaikan kandungan.

“Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diam je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang.

“Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia tak nak respon. OMG nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan coklat biskut semua (kemain maknya) dan-dan tu juga baby tendang kuat gila.

Some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan. Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tahu time baby kita aktif, jadi cuma kena peka.

“Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya!” tulisnya berkongsi pengalaman.

Hanis Zalikha dijangka melahirkan anak keduanya pada penghujung Mei ini. Semoga semuanya dipermudahkan buat Hanis dan bayi di dalam kandungan. – MHE TV

Iklan