Hiburan Trending Tular Video

Baby Shima pun terlibat kes pelacuran online?

Kisah pelacuran secara atas talian selebriti popular terus menjadi bualan hangat industri hiburan negara jiran. Sebelum ini pelakon Vanessa Angel didakwa melakukan perbuatan tersebut dan kini kes itu sedang dalam proses perbicaraan.

Media Indonesia terus mencari nama-nama selebriti lain yang turut dikatakan terlibat dengan ‘perniagaan’ sebegini. Dalam beberapa nama artis yang disebut, penyanyi asal Malaysia, Baby Shima juga terkena tempias. Betul ke Baby Shima juga menjual diri?

Dalam perkongsian di laman Instagram miliknya, Baby Shima menjelaskan dia terkejut dengan berita tersebut sekaligus menafikan dirinya terlibat. Shima turut meminta pihak terlibat agar memohon maaf dan membersihkan kembali namanya.

“Saya kecewa dan terkejut gambar saya terpampang dalam sebuah berita televisyen di sana,” ujarnya. – MHE TV

Iklan
Ruang komen