Hiburan Trending Video

Baggio Damasutra tolak program realiti TV

Kemunculan dalam rancangan televisyen (TV) atau program realiti merupakan antara medium buat artis-artis popular dahulu untuk kembali mencipta nama.

Gegar Vaganza adalah contoh terbaik untuk peminat masa kini mengenal semula nama-nama besar yang pernah menyinar dalam dunia nyanyian.

Bagaimanapun bagi Baggio yang merupakan vokalis kumpulan Damasutra, dia akan menolak sekiranya diberi peluang muncul dalam mana-mana pertandingan nyanyian televisyen.

Kata Baggio, stesen TV dan radio sepatutnya terlebih dahulu memberi sokongan terhadap artis lama dengan memutarkan lagu baharu mereka. – MHE TV

Iklan
Ruang komen