Kedutaan China di Kuala Lumpur merakam sebuah lagu berjudul Zuo Jian atau Bahu Kiri sempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik Malaysia – China

Lagu Zuo Jian diterbitkan oleh Ong Peng Chu dan didendangkan secara berduet oleh penyanyi berusia 19 tahun dari Malaysia, Jeryl Lee Pei Ling, dan Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff.

Ong Peng Chu

Lirik lagu itu antaranya menggambarkan betapa eratnya hubungan kedua-dua negara sebagai saudara.

Jeryl Lee dan Siti Nurmasyitah (Masya) dipilih kerana penerimaan ramai terhadap mereka di kedua-dua negara.

Nama Jeryl mulai popular selepas dia muncul dalam program Sing! China disiarkan saluran Zheijang Television.

Siti Nurmasyitah yang juga dikenali sebagai Masyitah Masya – pernah mengagumkan pengguna media sosial pada 2017 apabila muncul menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin Si Le Dou, yang dipopularkan band dari Taiwan, Shin. – MHE TV

Iklan