Pelakon asal Indonesia, Baim Wong selalu berkongsi video menarik menerusi saluran peribadinya dalam laman YouTube.

Dia pernah berlakon menjadi pengemis jalanan untuk melihat reaksi orang ramai tatkala bertemu seorang selebriti sepertinya.

Kali ini, Baim memuat naik video prank yang sekali lagi menarik perhatian ramai. Demi mahu menghadiahkan kereta baharu buat isterinya, Paula Verhoeven, dia sanggup mengupah seorang stuntman melanggar keretanya ketika di jalan.

Baim dikatakan sudah merancang hal tersebut dan pemberian kereta baharu itu merupakan hadiah kehamilan anak pertama mereka.

Ketika dilanggar, wajah Paula nyata cemas. Malah Baim sengaja membuat laporan yang kononnya stuntman yang melanggar itu cedera parah.

Video yang dimuat naik oleh Baim itu mendapat respon ramai peminat. Rata-rata memuji sikap romantis Baim memberi sesuatu yang istimewa buat isteri tercinta. – MHE TV

Iklan