Baru sahaja menjalankan bisnes spa dan salon, premis milik pasangan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah hampir dipecah masuk oleh perompak dalam satu kejadian semalam.

Menurut Azwan, perniagaan menggunakan nama Harum Spa & Salon di Bukit Jelutong itu difahamkan baru saja memulakan operasinya pada 29 Mac lalu.

Azwan dan Ezzaty baru saja menjalankan bisnes milik mereka pada Mac lalu.

“Bisnes baru nak bermula, dah jadi macam ini. Alhamdulillah, segalanya okey dan selamat.

“Nasib baik kami ambil langkah berjaga-jaga dengan memasang jeriji di pintu masuk demi keselamatan pekerja dan premis.

“Jadi, cubaan perompak itu untuk memecah masuk gagal. Cuma kerosakan kecil saja di bahagian pintu akibat diumpil,” cerita Azwan ketika dihubungi.

Ekoran kejadian terbabit, Azwan telah pun membuat laporan di balai polis berhampiran.

Pada masa sama, aktor kelahiran Sabah itu memaklumkan, selain pusat kecantikannya, terdapat juga premis berdekatan telah dipecah masuk dan dirompak. – MHE TV

Iklan