Pelakon cantik, Bella Dally mengumumkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan dalam sebuah majlis tertutup pada 12 Januari lepas.

Bella yang berkongsi gambar pertunangannya turut berterima kasih kepada semua peminat yang selama ini mendoakan dia bertemu jodoh yang baik dan mampu membahagiakannya.

“Bersedia dengan segala kemungkinan dan percaya dengan ketentuan hidup. Reda dengan segala yang telah ditetapkan.

“Saya sudah bertunang pada 12 Januari lalu. Saya mahu berterima kasih di atas doa, kasih sayang dan sokongan semua,” katanya menerusi kapsyen dalam Instagramnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian peminat yang meninggalkan komen positif dan mendoakan kebahagiaan pelakon itu.

Namun, identiti lelaki tersebut masih menjadi misteri walaupun sebelum ini ada desas desus mengatakan Bella menjalinkan hubungan dengan jejaka bernama Ariff yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Nazim Othman 10 September 2016 sebelum bercerai pada 18 Mei tahun lepas.

Dalam pada itu usaha MHE TV untuk mendapatkan komen daripada Bella sendiri gagal. – MHE TV

Iklan